Tuesday 23 October 2012

~ cinta high class ~


Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..




katanya inginkan cinta yang sweet tweet..terbaekk habis ah!
tetapi kenapa merendahkan maruah cinta sendiri??
cinta itu tidak salah..cinta adalah fitrah...tidak mungkin Islam mengharamkannya..
yang menjadikan ia haram apabila ia disalurkan pada jalan yang salah..



jujur pengakuan..sebelum saya membaca Sebelum Aku Bernikah..pemahaman saya  tentang cinta sedikit terpesong..selepas membacanya, saya semakin mengerti apa itu cinta..

"cinta adalah ingin bersama hingga ke syurga..apa-apa yang membawa ke neraka bukan cinta namanya"-hilal asyraf



untuk mengenali seseorang sebagai bakal suami atau isteri..tak perlu keluar dating..itu cuma lakonan semata-mata..
ustazah fatimah syarha kenal dr. farhan hadi cukup dengan sekeping biodata..tak percaya tengok ni..




pabila saya bercakap tentang cinta, tak bermakna saya sudah jumpa that mr. right..
no, saya tidak tahu siapakah dia...tujuan saya adalah untuk ingatkan diri saya dan rakan-rakan...




nak kongsi something boleh tak? aik?! ape plak tanya..ini blog gue, suka hati la nak cerita ape..
ok tak kalau saya nak bagi syarat yang high class untuk calon oppa saya..
1.cukup solat 5 waktu...2.boleh jadi imam..
terasa macam demand la plak, sedangkan saya ni tidak cukup solehah...:( 
cukup solat lima waktu, luas skopnya..tidak melewatkan solat, tidak "mencuri" di dalam solat..apakah maksud mencuri dalam solat? maksudnya, solatnya tidak tertib..tergopoh-gapah ketika solat..rukun pun yang betul-betul wajib sahaja..lebih kurang macam tu la..
tidak semua orang yang cukup solat lima waktu mampu jadi imam yang baik..bukan saya yang cakap, tapi saya pernah dengar sekumpulan muslimin bercakap tentang hal ini..

sekian cotengan hati kali ini..^^







No comments:

Post a Comment

^^ peace! no pressure ^^

stalker ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...