Sunday 29 September 2013

# embun meniti pelangi #

kudupnya mekar mewangi
syahdu jernih embun meratib sunyi
cuma hati bertanya sangsi
mengapa digapai pelangi nan tinggi
saat hujan masih belum mahu berhenti.
 

-saidatul saffaa, quartet

^^

sintok
 

Tuesday 10 September 2013

lAngit yaNg menDung


aku tertunduk menahan sebak..ternyata mimpi indahku lenyap dalam sekelip mata..mimpiku itu jauh sekali dari kenyataan! dan, realitinya begitu menyakitkan dan menikam-nikam hati dan jiwa ini. aku sujud dan menangis teresak-esak di atas sejadah cintaku. kulepaskan segala pengaduan derita pada Dia yang tidak pernah meninggalkan aku walau sesaat cuma. Dia yang tidak pernah jauh daripadaku.....

"ya Allah, aku hanya hambaMu yang kerdil lagi hina. 
aku tidak berbuat banyak kecuali hanya mengharap padaMu.
jika aku menangis,
 bukan kerana aku tidak redha dengan takdirMu,
bukan kerana aku terluka dengan ujianMu,
bukan juga kerana aku berkecil hati denganMu.

tetapi aku cuma seorang hambaMu yang lemah.
aku tidak punya apa-apa selain tangisan air mata ini,
yang menemani setiap duka dan sakitku.
air mata kerana aku cinta padaMu ya Allah.

air mata ini pengubat dukaku ya Allah.
air mataku ini adalah sahabat yang paling memahami akan diriku.
aku hanyalah seorang wanita yang lelah dalam perjalananku ini. 
aku begitu penat ya Allah,
penat memujuk hatiku. 
penat untuk menangisi segalanya daripadaMu.
ampunkan daku ya Allah
andai aku ini hambaMu yang tidak tahu berbudi,
dan tidak pandai pula bersyukur padaMu.

ya Allah, 
jadikanlah kesusahan dan ujian ini
sebagai cara untuk aku lebih dekat denganMu,
lebih mengharap padamu
dan lebih memerlukanMu daripada segalanya.
janganlah derita dan kesakitan ini membuat aku jauh daripadaMu!'

aku terasa Dia begitu dekat, lebih dekat daripada urat leher dan jantungku...lebih dekat daripada nadiku yang berdenyut..
dengan perlahan-lahan aku bangun daripada sujudku..mukaku dibasahi dengan air mata yang membasahi, bagai empangan yang baru pecah. perlahan-lahan aku menadah tangan, aku berbisik lagi padaNya memohon kekuatan...aku benar-benar lelah..aku benar-benar tidak berdaya...

aku redha ya Allah dengan takdirmu ini. 
aku terima dugaan ini dengan sepenuh jiwa dan ragaku. 
aku tidak pernah bersangka buruk padaMu ya Allah, 
apatah lagi merungut-rungut akan jalan yang Kau bentangkan untukku. 
andai di dunia ini terlalu banyak tangisan untukku, 
andai di dunia ini terlalu banyak derita buatku,
andai di dunia ini tiada bahagia untukku,
Kau gantilah segalanya itu dengan keindahan syurgaMu di sana.

"ya Allah...
 jangan pinggirkan aku daripada rahmatMu..
jangan disingkirkan aku jauh daripada redhaMu.."



kadangkala Tuhan hilangkan sekejap matahari,
lalu Dia datangkan kilat dan guruh.
puas kita mencari dan menanti di mana mentari,
rupa-rupanya Allah ingin hadiah kita pelangi yang indah.

p/s: this is part of the novel. STANZA CINTA by Nurull Halawati.
best! sangat menyentuh jiwa..

^^

bapa.anak.ibu.




Anak tidak selalunya mendengar cakap ibu bapa, tapi anak tidak pernah gagal untuk meniru perilaku ibu bapa.. sentap?
Tak dinafikan setiap anak adalah berbeza..perlu pendekatan pendidikan dan pengajaran yang berbeza..saya lebih suka pendekatan lembut dalam ketegasan atau tegas dalam kelembutan..instead of mengunakan cara kasar dalam ketegasan..
Seorang ibu atau bapa ‘menyiram minyak’ kepada anak yang sedang memberontak..api yang marak disiram minyak tanah, apakah api itu akan padam? Ia makin marak, malah mungkin sampai ke tahap membahayakan nyawa mereka disekelilingnya..
Seorang ibu sedang bergaduh dengan anak lelaki..dengan mengatakan.."hah! pergi ambik pisau, bunuh je aku.." anak plak memang jenis baran..agak-agak ape yang berlaku..?? *tak hairanlah kini di dada akhbar banyak memaparkan kes bapa bunuh anak, anak bunuh ibu, adik bunuh abang dan seumpamanya..*
Tidak lama selepas kejadian itu..adik dan abang plak gaduh..ayat yang sama keluar dari mulut salah seorang daripada mereka..see? apa yang ibu mereka pesan..jangan gaduh, mereka tak endah, sebaliknya semasa bergaduh mengulang ayat yang sama dengan apa yang telah diucapkan oleh ibu mereka..salah siapa?
Perkataan itu dibarat doa. Doa ibu bapa amat makbul, lebih-lebih lagi doa seorang ibu. Bila bergaduh, macam-macam perkataan yang kurang enak didengar keluar dari mulut seorang ibu atau bapa..bodoh, lembab, pergi jahanam..bukankah itu mendoakan seorang anak menjadi seperti itu..
Mendidik seorang anak perlukan tahap kesabaran yang amat-amat tinggi..ceh! ayat macam dah kahwin, dah ada anak..haha..tapi itulah hasil pemerhatian saya..
Ini yang menyebabkan saya sedikit takut untuk berkahwin..apakah saya mampu melahirkan umat Nabi Muhammad SAW yang sebenar-benar umat..lebih-lebih lagi keadaan sekeliling saya yang agak suram..tak dinafikan kebahagian adalah pilihan setiap insan...namun bila membesar dalam kesuraman itu, sedikit sebanyak kesannya tetap ada..kan?

Menguruskan Fikiran Tentang Perkahwinan

*Menguruskan Fikiran Tentang Perkahwinan ini sebahagian dari buku ini...


Saya masih ingat kepada tulisan Ustaz Maszlee Malik tentang ‘Fenomena Cinta Anta Anti’. Anggaplah tulisan saya ini sebagai penyambung kepada mesej yang sama, iaitu usaha untuk mendidik adik-adik remaja memikirkan tentang perkahwinan yang seimbang di antara tuntutan yang idealistik dengan realiti. Berlandaskan agama...
Bagi mereka yang tidak segan untuk menguruskan cinta dan perkahwinan mereka mengikut kemahuan hawa nafsu dengan membelakangkan wahyu, biarlah mereka belajar tentang akibat yang bakal di tanggung.
Saya pernah berkongsi nasihat dengan adik-adik bahawa jika mereka bercouple dan buat ‘ringan-ringan’ sebelum berumah tangga akan menghadapi kesannya pada masa hadapan. Apatah lagi jika terjebak ke kancah zina. Selepas berumah tangga, si suami akan terfikir, “jika dengan aku dia berani berzina, apa yang boleh menghalangnya dari berzina dengan orang lain?” kecurigaan ini menyebabkan jiwanya gelisah setiap kali meninggalkan istgeri di rumah. Manakala isteri berfikir dengan kecurigaan yang sama. Akhirnya rumah tangga itu penuh dengan syak wasangka pantang ada yang mencuit, pasti berbalas tuduh menuduh. Inilah yang dimaksudkan sebagai ‘dosa semalam..menjadi kecurigaan hari ini, esok dan selama-lamanya’...
Pasangan yang pernah berzina sebelum bernikah, akan dihukum oleh Allah di dunia sebelum hukuman akhirat. Apakah ada ketenangan hidup, jika rumah tangga diselubungi prasangka?
Namun bagi adik-adik yang mempunyai kesedaran Islam, cara mereka ‘menjaga hukum Allah’ penting untuk dipandu. Bukan apa, ‘cara mereka’ kadang-kadang menimbulkan kehairanan kepada saya. Syariat manakah yang mengajar muslimat supaya menundukkan pandangan sehingga terlanggar tong pemadam api yang tergantung di koridor. Islam manakah yang mengajar muslimat kita supaya bercakap seperti ‘warden penjara’ ketika  berurusan dengan mislimin, semata-mata kerana mahu menghayatai kehendak syarak agar mereka tidak melunakkan suara yang boleh menimbulkan fitnah.
Bagi muslimin juga, pelbagai karenah yang timbul. Kerana mahu menjaga syariat, mereka langsung tidak berhubung semasa bertunang sehingga tidak kenal antara satu sama lain. Maka terbatallah pertunangan yang dianjurkan Islam. Kita menjadi seperti robot keras. 

Cinta Jadi Derita


Saya telah bertemu dengan banyak contoh pasangan yang sudah terlalu lama ‘mengikat’ hubungan, tetapi lambat manuju perkahwinan, akhirnya kecundang di tengah jalan. Malah ramai yang berubah menjadi musuh. Hal ini, janganlah terlalu cepat dikaitakn dengan dosa, sebagai ‘hukuman daripada Allah’ kerana pernah ada cela zahir atau batin antara kedua pasangan itu. Seorang lelaki dan perempuan yang terlalu lama kenal, tetapi tidak menyegerakan perkahwinan, akan sendirinya berubah menjadi musuh akibat fitrah perhubungan itu sendiri.
Bagi pasangan yang berumah tangga, setahun dua yang pertama, biasanya indah dan ditambah lagi dengan kedatangan cahaya mata penyeri rumah tangga. Tetapi apabila masuk tahun kedua, ketiga dan keempat, hubungan suami isteri akan teruji. Mudah terjadi suamimula mudah marah terhadap isteri. Manakala isteri pula kerap tertekan dengan ‘warna sebenar suami’. 
Saya masih ingat kata-kata Profesor Abdullah Al-Ahsan ketika mengulas tentang ‘Romanticism’, “kita selalu tidak rasional dan realistik semasa kita romantik!” Mungkin pada awal perkahwinan romantik itu kuat mendominsai rumah tangga. Ketika itu suami fokus kepada isteri dan isteri pula fokus kepada suami. Tetapi ketika munculnya anak pertama, kedua-duanya beralih fokus kepada anak dan selepas itu muncul anak kedua, fokus itu perlu diubah suai lagi. Semasa itulah, rumah tangga lebih didominasi oleh tanggungjawab dan tugas. Seronok-seronok sudah berkurang sedikit. Tetapi ia adalah proses biasa...
Hubungan suami dan isteri boleh selamat dan terus memanjat usia matang pada tahun-tahun yang berikutnya. Selamat, kerana proses itu berlaku didalam perkahwinan. Ini kerana, perkahwinan sebenarnya menggabungjalinkan antara cinta, kasih sayang, tanggungjawab dan peranan. Ada hari air pasang, cinta memainkan peranan. Ada hari air surut, maka tanggungjawab dan kematangan pula mengambil tugas.

Jangan Tergesa Dan Jangan Bertangguh


Namun, bagi pasangan yang berkenalan semenjak di sekolah menengah, atau di matrikulasi, tetapi selepas tiga atau empat tahun, mereka masih belum berumah tangga, hubungan mereka akan melalui proses yang sama. Malangnya proses itu berlaku diluar perkahwinan. Cinta jadi derita, tiba-tiba sahaja satu perasaan yang pelik datang, dan dengan mudah mereka memutuskan hubungan tersebut. Jemu, itu sahaja. Sebab itulah, saya sering memberi dorongan kepada adik-adik bahawa , kita tidak perlu memulakan hubungan jika dalam jangka masa terdekat tiada kemungkinan untuk perhubungan itu dinaik taraf menjadi perkahwinan. Janganlah berjinak-jinak untuk berkawan antara lelaki dan perempuan semasa di matrikulasi, jika kita sedia maklum yang ibu bapa tidak akan membenarkan perkahwinan, kecuali selepas tamat pengajian. Komitmen ‘atas angin’ yang tidak disegerakan kepada sebuah perkahwinan, sering berakhir hanya disebabkan oleh emosiyang saya terjemah ia sebagai JEMU.
Syukur, saya terlambat dari ujian itu. Semenjak di tingkatan satu, kehidupan saya di sekolah menengah amat sibuk. Pelajaran, disertai dengan usrah, gerak kerja persatuan, pertandingan-pertandingan yang disertai dan pelbagai aktiviti menjadikan saya terfokus kepada memanfaatkan umur ketika itu tanpa perlu ‘cuba-cuba bercinta’ benarlah kata pepatah Arab, “Air yang tidak mengalir(statik), akan merosakkan air tersebut. Pemuda yang banyak masa kosong(tidak dinamik), akan dibunuh oleh masa kosong itu.”
Walau bagaimanapun, pasti ramai yang telah pun berada di ‘situ’.  Sudah kenal. Sudah lama kenal. Untuk mereka, janganlah pula pendapat saya ini menjadi alasan untuk cepat seseorang itu memutuskan perhubungan. Janganlah biarkan diri kita dipandu oleh keputusan-keputusan emosi semata-mata. Jika pasangan lelaki atau perempuan sudah baik agamanya, atau yang paling utama, sedia dididik dan mahu belajar, maka terimalah seadanya.
          Saya cukup terkilan apabila mendengar ada dari aklangan adik-adik, khususnya muslimah, yang terlalu mudah mengambul keputusan memutuskan hubungan semata-mata beralasan terasa ada kesilapan malah dosa yang terselit di celah-celah perkenalan dengan seorang lelaki muslim yang baik. Jika pernah buat silap, bawalah bertaubat dan bukan dengan sewenang-wenangnya membatalkan hubungan. Ingatlah pesan Nabi SAW “Apabila datang melamar kepadamu seseorang yang kamu redha agamanya dan akhlakny, maka kahwinkahlah. Jika tidak kamu laksanakan, maka akan terjadi fitnah di muka bumi ini dan kerosakan yang luas”(Riwayat Tarmizi)...


for more detail bolehla melawat blog penulisnya http://saifulislamdotcom.wordpress.com/2006/09/18/136/



^^

stalker ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...