Saturday 15 December 2012

**pentas bidadari**

bismillahirramanirrahim..
assalamualaikum..


last few days saya telah join satu event..forum la lebih kurang..
ahli panelnya ialah ustazah pilihan fira dan kak catriona ross..sepatutnya kak fatimah syarha pun ada juga, tapi beliau tak dapat hadir..beliau telah text pengarah projek sendiri...
err..pengarah tu membaca baca sms kak fatimah syarha..isi kandungannya lebih kurang memohon maaf sebab tak dapat datang..beliau mendoakan semua hadirin menjadi bidadari syurga..dan berharap hadirin turut mendoakan dirinya mampu menjadi bidadari syurga..*touched


dalam hatiku berkata..insyaAllah, akak akan jadi penghulu bidadari dr farhan hadi..^^

Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : "Setiap lelaki yang masuk Syurga akan diberi 72 bidadari............"
maaf tak bagi full hadis, takut salah..tak sempat nak cari sumber yang sahih...

intro yang lawak dari ustazah fira..bila ditanya tentang bidadari..what is bidadari? ustazah fira jawab..bidadari? saya bayangkan seorang perempuan yang sangat cantik ada sayap kat belakang...:)




nak tau macam rupa bidadari? err...korang tanya ustazah/ustaz korang boleh? saya dah ingat-ingat lupa apa yg ustazah fira cakap...hehe..nak senang google..tapi make sure page yang korang buka tu adalah dari sumber yang boleh dipercayai..takut nanti ada yang terpesong plak..

lepas tu kalau dah tahu macam mana rupa bidadari tu..jangan plak fikir yang bukan-bukan..alamak! rupa aku tak macam bidadari..macam mana ni? nanti macam mana nak jadi bidadari suami aku..aiyak!!...kena buat pembedahan plastik ni..haram!

teman-teman, rakan-rakan..untuk menjadi ahli syurga rupa bukan ukuran..yang penting amalan kita..:) saya pasti anda semua faham..kan?

actually, saya tak ingat semua yang disampaikan pada malam tu..saya kongsi mana yang saya ingat..takut berlaku tokok tambah plak nanti..malam tu terlupa bawa buku nota..so, semuanya save dalam otak je..bila dah save dalam otak, kalau tak di refreshkan balik dalam masa 24 jam, banyak la yang hilang..
kak catriona banyak menceritakan kisah penghijrahan beliau..
kata beliau, kata naqib(ustaz usrah) beliau..nak masuk syurga tak susah..tapi banyak pantang larang..macam mana tu? she make it simple..buat apa yang Allah suruh, tinggal apa yang Allah larang..2 benda je..simple!?? kan? tak eh? :)

apakah perasaan anda bila suami kita dirampas perempuan lain? semua perasaan ada kan? hek! kecuali suka dan yang sewaktu dengannya..ada ke orang suka bila ada yang rampas hak kita? itu di dunia..di syurga nanti..suami kita tu akan didampingi oleh 72 bidadari...tak jeleskah kita? maka kita perlulah persiapkan diri untuk menjadi penghulu bidadari-bidadari itu...macam mana? macam yang kak catriona cerita.. ^^

err...ape lagi eh? tak ada idea dah..mungkin last story yang sweet sangat...ustazah fira cerita yang hubbynya save nama bidadariku dalam contact number..huuu...gamat satu dewan..sweetnya hubby dia..tapi pada pandangan ustazah fira,ia merupakan satu amanah..saya ceritakan kisah ini setakat ini..anda renung-renungkan..fikir-fikirkan..^^

tiba-tiba kak catriona menyampuk..(student mass comm, biasa la, pantang dapat mic, nak bercakap aja..)..itu kak catriona sendiri yang cakap..bukan saya reka..dia cakap dia jeles..hubby dia..sebelum kahwin save name sayang, honey..lepas kahwin ada anak 2..dia tukar mummy..gelak aje la..

last sekali, ainan tasnim pun sampai...dia lewat sebab dia ada exam malam tu..nasib baik sempat sampai..uum-unimap dekat aje..maka dapatlah saya dengar lagu Aku Suka Dia secara live...

maafla kepada yang mengharap cerita ini menarik..ini aje yang mampu..:)


saya tinggalkan anda dengan link video ni..sila la tengok ye..then baca komennya skali kat youtube tu..saya tahu lagu time baca versus..hlovate punya kerja..





^^


Tuesday 4 December 2012

~ OST Warkah Cinta ~

wArkAh cIntA


                 

sebuah jiwa terbentang seluas sahara
tersimpan sejuta rasa cinta dan kecewa
setiap untai kata yang termaktub sudah
menjadi warkah cinta berbau syurga..

sempadan batinku hampir terbelah
tidak berhimpun dua cinta dalam satu jiwa
antara iman dan nafsu aku berjuang
meraih mahkota cinta dari syurga

biar beribu parut luka menghiris kalbu
hanya keikhlasan cinta menjadi penawar
sekalipun diriku terbuang di mata insan
Engkau maha mengerti letaknya cintaku ini..

izinkan aku meniti di atas hamparan syurgaMu
bila saat aku pergi..biarlah cintaku tetap di situ...




 ...kala cinta dan wahyu bersatu...
^^



Friday 30 November 2012

:: kawan ::

assalamualaikum...


kali ini saya ingin bercerita tentang kawan..
semua orang ada kawan..tapi..
tak semua kawan baik yang kita ada tu baik..
seringkali kita ucap..
"kaulah kawan baik aku dunia akhirat.."
....ketika pertolongan diberikan.

namun, benarkah dia adalah kawan kita yang baik?
cuba lihat kawan yang kita anggap kawan dunia akhirat itu...
adakah mereka mengajak kita berbuat kebaikan?
berapa banyak perkara tidak berfaedah yang telah kita buat bersama kawan kita itu?
berapa banyak dosa yang telah kita kumpul selama kita bersama dia?
berapa banyak perbualan harian kita mengingatkan kebesaran Allah?

"Teman-teman karib pada hari itu (akhirat) saling bermusuhan satu sama lain kecuali mereka yang bertaqwa." (43:67)



di zaman Rasulullah, terdapat seorang lelaki yang bernama Uqbah bin Muit...dia adalah kawan karib kepada Abu Jahal..Uqbah pernah mengikuti majlis ilmu yang disampaikan oleh Rasulullah dan hampir mahu mengucapkan kalimah syahadah...
namun, dia tangguhkan kesokkan harinya untuk berfikir dengan lebih lanjut..Uqbah telah menceritakan tentang hasrat hatinya kepada Abu Jahal...
lalu Abu Jahal memujuk dan mengatakan.."Sahabatku, agamamu atau sahabatmu?"
akhirnya, Uqbah memilih Abu Jahal....

itulah realiti..ramai yang takut untuk berubah kerana takut disisihkan oleh kawan-kawan..akhirnya mengikut kawan-kawan untuk tidak solat, ikut fesyen semasa..kononnya up to date, yang tak menutup aurat...itu belum cerita tentang couple..yang berleluasa...sana sini...



sebenarnya boleh je berkawan dengan mereka..tapi biarlah kita yang mengajak mereka ke arah kebaikan, bukan kita yang terikut-ikut cara mereka.. :)

dan pabila mereka menjauhkan diri dari kita bila melihat perubahan kita..biarkan mereka..doakan semoga mereka juga mendapat hidayah suatu hari nanti.. :)

perasaan kawan atau perasaan Allah yang mahu kita jaga? pilihlah... :)



terima kasih kawan-kawanku sekalian..yang banyak membantuku di jalan Allah ini..tidak dilupakan geng2, member2, dan senget2 sekalian..



^^

Thursday 22 November 2012

Insya Allah

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame


Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x
Insya Allah3x
Insya Allah we`ll find the way

 ^^


I'm fall in love with Maher Zain songs when he(somebody) sang the song..
really touched..
deep inside..

 

no excuses

assalamualaikum...

saya bersyukur kerana menuntut ilmu di Malaysia..yang tidak mempunyai 4 musim..waktu solat tetap..maksud saya...waktu solat setiap hari sama, beza hanya beberapa minit..kalau negara 4 musim, waktu solat adalah berbeza mengikut musim..walau apa pun impian hendak melanjutkan pelajaran ke luar negara tetap ada..hehe

hati insan kerdil ini tersentap ingin bercerita tentang hal ini kerana terbaca blog AIMAN AZLAN...

Konflik yang biasa timbul semasa belajar di negara empat musim adalah pertembungan kelas dengan waktu solat..namun mereka mampu menunaikan solat semasa kelas sedang dijalankan..mereka berusaha mencari masa dan tempat untuk menunaikan solat..keluar sekejap ke prayer room..itu kalau ada prayer room..

kalau tak ada, maka mereka tak solat?
:) mereka tetap solat (yang punya iman dalam diri, yang hidup bertuhankan Allah..)..mereka mencari tempat yang sesuai..mungkin di bawah tangga, belakang dewan kuliah, park..atau mana-mana tempat yang boleh mereka solat..

wahai teman-teman yang belajar kat MALAYSIA..saya fokuskan students university..
yang selalu skip solat..apa alasan anda?.waktu solat kita panjang..sama je sepanjang tahun..kita tak perlu tinggalkan class sekejap semata-mata nak solat..kita boleh susun jadual kita agar ada space untuk kita solat..right?

solat itu tanggungjawab kita..dont take things for granted la geng..kita kat Malaysia banyak je masjid..dalam sebuah universiti, ntah berapa banyak surau..kita tak perlu susah-susah mencari tempat yang sesuai untuk solat..

                 

ni ada link blog aiman azlan..cerita tentang dia solat bawah tangga..

http://www.aimanazlan.com/2012/11/no-excuses.html

^^


Friday 16 November 2012

:: hajat N istikharah ::

bismillahirrahmanirrahim..
assalamualaikum...

straight to the point..bukanlah tujuan saya menaip entry ini untuk mengajar bagaimana nak solat hajat dan solat istikharah..kerana sudah banyak blog2 lain yang berkongsi tentang hal itu..saya cuma ingin meluahkan sedikit isi hati dan memberi sedikit pandangan..






kebanyakan orang menunaikan solat hajat bila mana esoknya akan mengahadapi apa-apa ujian atau peperiksaan, temuduga..atau apa jua test..hanya apabila ada ujian tersebut..jika tidak kerana itu maka tidaklah ia ditunaikan...

"hello, ha akak, bila nak exam, abah nak buat solat hajat.."

"ha abang, esok kan abang ada test, buatla solat hajat malam ni.."

"hello akak, adik ni..esok adik ada exam, akak doakan adik ea, buat solat hajat..."

common scene yang berlaku.. kenapa mesti bila ada semua benda tu baru nak solat hajat..kalau tak ada kejadian-kejadian tersebut tak boleh ke?

Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad sahih dari Abu Dardak bahawa Nabi saw bersabda: "Barangsiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian bersembahyang dua rakaat dengan sempurna, maka dia diberi Allah apa saja yang diminta baik cepat ataupun lambat."


kalau kita minta last minute, agak-agak Allah nak bagi segera ke apa yang kita minta? wallahu a'lam..


Hajat yg dipohon hanyalah perkara yang memberi kebaikan atau kesejahteraan di dunia dan akhirat untuk diri dan orang lain & doa untuk mengatasi atau menjauhkan sesuatu kesulitan atau keburukan..janganlah memohon sesuatu yang dilarang oleh Allah seperti memohon untuk melakukan kejahatan atau keburukan terhadap orang lain..


begitu juga dengan solat istikharah, biasa dilakukan bila mana dalam soal memilih calon suami atau isteri..bagi pelajar plak, bila nak dekat exam, buat solat istikharah sebab nak dapat ilham tajuk-tajuk yang akan keluar dalam exam..tidak salah, sangat bagus...tapi kalau buat setiap hari apa salahnya, kan?

scha masih ingat seorang ustaz pernah cakap..bila kita selalu buat solat istikharah, menunjukkan kita mengharapkan bantuan Allah setiap hari dalam kehidupan kita..insyaAllah, Allah akan bantu dalam setiap urusan kita..

"ustaz pernah bawa kereta kat highway..minyak dah tinggal sedikit, namun masih sempat hendak melalui highway tersebut.. sepanjang highway tersebut terdapat 2 stesen minyak..ustaz harus memilih untuk berhenti mengisi di stesen yang mana satu..yang pertama atau kedua..ustaz mengambil keputusan berhenti di stesen yang pertama dan mengisi minyak..apabila melalui stesen minyak yang kedua, ustaz lihat tiada satu kereta pun di situ, rupa-rupanya minyak dah habis..alhamdulillah, Allah memberi ilham kepada ustaz..."

see..itu satu contoh..setiap hari kita perlu membuat pilihan..bangun pagi nak keluar rumah, kita harus memilih pakaian mana yang sesuai, kasut mana yang harus dipakai..flat shoes or high heels?? nampak small matter je kan..macam mana waktu kita pakai high heels, kenderaan yang kita naiki rosak dan kita perlu berjalan jauh untuk mendapatkan bantuan..tak ke sakit kaki oi..!

Rasulullah SAW bersabda:  “Di antara kebahagiaan anak Adam ialah Solat Istikharah (minta pilih) daripada Allah Taala dalam segala urusannya dan di antaranya kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan solat Istikharah daripada Allah pada segala urusannya.”

 
waktu yang paling afdal untuk menunaikan solat sunat hajat mahupun solat istikharah ialah sewaktu suasana sunyi selepas tengah malam (selepas 2/3 malam, iaitu 1/3 malam terakhir) kerana ianya lebih berkesan, lebih khusyuk dan amat hening suasananya...


have a look this video.. (:




 #peringatan buat diri...dan sahabat-sahabat...kalau ada silap dan salah, sila tegur.. ^^



Thursday 15 November 2012

~ forgive me ~

 fOrgIve mE by MahEr zAiN



I'm about to lose the battle and cross the line
I'm about to make another mistake
And even though I try to stay away
Everything around me keeps dragging me in
I can't help thinking to myself
What if my time would end today, today, today?
Can I guarantee that I will get another chance
Before it's too late, too late, too late

Chorus:
Forgive me... My heart is so full of regret
Forgive me... Now is the right time for me to repent, repent, repent..

Am I out of my mind?
What did I do? Oh, I feel so bad!
And every time I try to start all over again
My shame comes back to haunt me
I'm trying hard to walk away
But temptation is surrounding me, surrounding me
I wish that I could find the strength to change my life
Before it's too late, too late, too late

CHORUS

I know O Allah You're the Most-Forgiving
And that You've promised to
Always be there when I call upon You
So now I'm standing here
Ashamed of all the mistakes I've committed
Please don't turn me away
And hear my prayer when I ask You to

CHORUS


forgive me for what i have done... ^^



(:



Tuesday 13 November 2012

.: rApUh :.

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan
seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup
meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu
maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta
detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu



** lagu ni memang touching... :)

^^

~ nota cinta ~




Andainya dapat kumenulis
Nota-nota cinta buat diri Nya
Inginku titipkan bersama
Semua kuntuman bunga yang indah berseri


Kusembur haruman mewangi
Bersama kata-kata puji
Sedang Dia tahu kasih dan cintanya aku
Menjalin ikatan menuju ke syurga

Cintaku kepada Dia
Rinduku hanya pada Nya
Kasehku balas cinta Nya
Setiaku balas kasih Nya
Kasihku kasih yang setia pada yang punya

Dambaku pada Yang Esa
Pujian hanya buat Nya
Akurku kebesaran Nya
Teragung Maha Suci Nya
Taatku hamba yang hina pada Pencipta

Kiranya aku hilang arah
Jalan hidupku berubah punah
Namun kasih Nya tak pernah akan musnah
Belas rahmat Nnya terus mencurah-curah
Nur hidayah Nya semakin cerah




i like the song n the music..tekan link tu kalau nak dengar..
ehek! sekarang ni kerja scha share lirik lagu..
one more thing, scha sekarang tengah baca buku KITAB TERFAKTAB..nanti scha share ngan korang..sempoi giler buku tu..  
^^

 

~ iman mutiara ~

Iman adalah mutiara
Di dalam hari manusia
Yang menyakini Allah
Maha Esa Maha Kuasa

Tanpamu iman bagaimanalah
Merasa diri hamba padaNya
Tanpamu iman bagimanalah
Menjadi hamba Allah yang bertaqwa

Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa
Ia tak dapat dijual beli
Ia tiada di tepian pantai

Walau apapun caranya jua
Engkau mendaki gunung yang tinggi
Engkau merentas lautan api
Namun tak dapat jua dimiliki
Jika tidak kembali pada Allah



jagalah iman ^^
  


Monday 12 November 2012

:: everything i need ::

You are my love
You are my life
You are my everything i need
I give you my heart
I give you my soul
In every way…



^^  enjoy!!

Sunday 11 November 2012

~aku anak kampung~


well everybody...
assalamualaikum...

this time saya nak cerita pasal kampung saya..
KAMPUNG LAUT, TUMPAT, KELANTAN DARUL NAIM...cerita gitu2 je.. (=











korang pernah naik motorboat x?? di kampung saya, motorboat menjadi pengangkutan utama untuk ke pusat bandar..bukanlah kerana kami miskin tidak punya kerata..tapi naik motorboat ni bleh jimat masa dan wang..perjalanan lebih kurang 15-20 minit dari kg. laut ke pusat bandar Kota Bharu..tambang ialah RM1 untuk pergi dan RM1 untuk pulang..jumlah?? kira sendiri..itu untuk dewasa..kanak-kanak 60 sen je..

kenapa saya katakan jimat masa?? sedangkan kalau perjalanan dengan menaiki kereta pun lebih kurang je tempoh perjalanan..HAA! biasanya jambatan sultan yahya yang menghubungkan Tumpat-Kota Bharu sesak..lebih-lebih lagi pada waktu orang keluar pergi kerja, waktu balik kerja dan pada waktu cuti..lebih-lebih lagi cuti raya...ditambah lagi sekarang ini pembinaan jambatan baru dan highway sedang dijalankan..perjalanan yang sepatutnya 20 minit boleh menjadi 2 jam..! dah tu nak kena bayar minyak kereta lagi..sabor je la..

ni laluan untuk ke jeti di Kota Bharu...



ni la rupa jetinya..sejak dari dulu sampai sekarang..inilah rupanya..kawasan sekelilingnya semakin membangun, namun jeti ini masih seperti ini..
jeti ni bersebelahan hotel ridel..


oh lupa nak habaq..motorboat ini mula beroperasi seawal 6.45 pagi..sehingga 10 malam..masa operasi akan dipanjangkan kalau ada apa-apa event kat pusat bandar..seperti perlawanan bola sepak, ekspo and apape je la...

belakang board ni ada enjin..yang kuat bunyinya..haha

itu seat pemandu..tudung pink itu adik saya..sorry sis, jadi model kejap..waktu ni kitorang keluar pergi KB, shopping2..hehe..lebih kurang 17 minit sampai la ke kampung laut......

jeti di kg laut..ada je jeti bersimen yang elok(tempat gambar ini dicaptured..)..tapi jeti yang nak runtuh itu juga yang digunakan..tak tahu la kenapa...

sekian sahaja kisah kampung saya..jemputlah berkunjung.. :)
^^



Tuesday 6 November 2012

iMaN vs mUsLim



 Andai cinta hadir untukku,
hadirkanlah seseorang yang hatinya terpaut pada-Mu

 

Sejak mereka kenal, ada sahaja yang tidak kena. Ada sahaja salah faham. Iman dengan angin puting beliungnya. Muslim dengan angin pembakar amarah Si Iman.

“Perempuan ni kalau kecik-kecik dah malas, dah besar nanti, susah nak buat jadi bini!”
“Lelaki kalau kecik-kecik mulut dah macam longkang, dah besar nanti tak boleh jadi laki.”
“Iman… Muslim… sudah. Nanti kamu berdua yang abang kahwinkan.”
“Tak nak!!!”
“Kuat jodoh ni, cakap pun main serentak aje ni. Sesuai la kau orang.”
“Tak nak jugak!!!”

“Im, mengaku je senang. Kau memang sukakan Razin pun kan?”

“Tak! Sekarang, dulu atau akan datang. InsyaAllah tak! Kalau aku suka dia pun, kalau aku mengaku, apa yang aku dapat? Couple? Macam kau dengan Mil? Lepas tu angkut papa dan abang-abang aku dengan dosa? Keluarga aku sekali? Macam tu?”

“Seriously, your words are too bitter. Can’t you think about others feelings?” 
“Aku tahu kau baik. Aku tahu niat kau baik. Tapi, cara kau pun kena baik. Sebab Islam agama yang mulia. Aku tak kata apa yang mereka buat tu elok, tapi mereka orang paling rapat dengan kita. Nak ubah orang bukan mudah.”

 

‘..rasa suka dekat seseorang itu adalah salah satu jihad untuk kita. Selagi kita pendam, selagi itu kita berjiahd, kalau dapat, alhamdulillah, rezeki.. Kalau tak dapat, alhamdulillah juga. Mungkin Allah nak sediakan yang lebih baik untuk kita. Sekurang-kurangnya kita pendam dan kita berjaya dengan jihad kita. ..’

Dalam hati Farhan berdoa, Ya Allah telah Kau temukan aku dengan seorang Muslimah untuk dijadikan sahabat. Jagakanlah hati aku dan hatinya agar kekal sebagai sahabat dan tidak tergelincir daripada menjadi sahabat. Sesungguhnya Engkaulah Maha Mengetahui setiap sesuatu. Peliharalah persahabatan kami di landasan yang Kau redhai Ya Allah...

...berubahlah walaupun perubahan itu mengnambil masa yang panjang...berusahalah walaupun untuk mendapat kegagalan itu selangkah dan untuk mendapat kejayaan itu beribu langkah...

Iman, akad tadi bukanlah sekadar untuk menyedapkan hati umi yang berharap Iman menjadi menantunya.
Akad tadi bukan untuk tunaikan apa yang papa paksakan terhadap Iman. 
Akad tadi bukan untuk merealisasikan harapan anak kecil yang berharap sebelum dia pergi menghadap Ilahi yang kakaknya dijodohkan dengan abang kawan baiknya. 
Akad tadi bukannya untuk menyempurnakan impian, harapan dan tanggapan orang sekeliling. 
Akad tadi merupakan satu janji.Janiji seorang lelaki untuk menjadi seorang pemimpin dan mempunyai seseorang yang membantu pimpinannya. 
Akad tadi bukan sekadar tanggungjawab, ia juga satu lafaz cinta yang semoga diberkati Allah SWT. Bukannya sesuatu yang boleh dibuat main atau dipermainkan. 
Akad ini juga bukti seorang Muslim sanggup bersama seorang Iman walaupun keadaan susah, senang atau apa jua keadaan.   
Siapa pun kita sebelum ini, apa pun yang terjadi kepada kita sebelum ini, apa yang penting apa yang bakal dan sedang kita hadapi. .........



Muslim memang suka cari pasal dengan Iman..kenapa dan mengapa?? Korang baca la sendiri..
tapi yang paling sweet...surat atuk untuk opah..^^
Iman pun tulis surat jugak untuk Muslim..Muslim reply 5 pages..ntah ape yang dia tulis, nak tau?? korang beli novel ni, baca sendiri..

Someone said, citer ni macam aA+bB..
but i’m said SMAI adalah gabungan Tunas, aA+bB, Versus, Contengan Jalanan..

Muslim suka cari gaduh dengan Iman macam Benz dan Addin waktu sekolah...
harapan Ikhwan, adik Iman agar Iman bersatu dengan Muslim seperti harapan Kucai waktu dia kat hospital agar Addin bersatu dengan Benz... 
Iman merasakan Muslim terlalu baik untuknya, sama seperti apa yang Minn rasa terhadap Asyraf...
contengan jalanan..kerana terdapat part Iman beli buku tu. Bukan novel...bak kata Iman.. “Bukan novel. Sebab penulis ini buat orang berfikir. Buat orang belajar. Buat orang mengkaji setiap yang penulis nak bawa. Mereka membawa sisi lain dalam hidup kita. Hidup ini bukan sekadar cinta sahaja. Ada lagi sisi lain dalam hidup kita. Sebab itu hidup ini tidak sempurna..”

both ada keistimewaan masing-masing... and saya lagi suka SMAI...walau apapun hlovate masih the top! =D



Wednesday 24 October 2012

:: its about time ::

let the picture says everything..^^



-ion..

the moment you are in tension
you will lose your attention
then you are in total confusion
and you'll feel irritation
this may spoil your relation

ultimately you won't get co-operation
and get things into complication
then your blood pressure may raise caution
and you may have to take medication
why not try understanding the situation
and to think about the solution

many problems will be solved by discussion
which will work out better in your profession
don't think it is my free suggestion
it's only for your prevention
if understand my intention
you'll never come again into tension!!

^^


 



Tuesday 23 October 2012

~ cinta high class ~


Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..




katanya inginkan cinta yang sweet tweet..terbaekk habis ah!
tetapi kenapa merendahkan maruah cinta sendiri??
cinta itu tidak salah..cinta adalah fitrah...tidak mungkin Islam mengharamkannya..
yang menjadikan ia haram apabila ia disalurkan pada jalan yang salah..



jujur pengakuan..sebelum saya membaca Sebelum Aku Bernikah..pemahaman saya  tentang cinta sedikit terpesong..selepas membacanya, saya semakin mengerti apa itu cinta..

"cinta adalah ingin bersama hingga ke syurga..apa-apa yang membawa ke neraka bukan cinta namanya"-hilal asyraf



untuk mengenali seseorang sebagai bakal suami atau isteri..tak perlu keluar dating..itu cuma lakonan semata-mata..
ustazah fatimah syarha kenal dr. farhan hadi cukup dengan sekeping biodata..tak percaya tengok ni..




pabila saya bercakap tentang cinta, tak bermakna saya sudah jumpa that mr. right..
no, saya tidak tahu siapakah dia...tujuan saya adalah untuk ingatkan diri saya dan rakan-rakan...




nak kongsi something boleh tak? aik?! ape plak tanya..ini blog gue, suka hati la nak cerita ape..
ok tak kalau saya nak bagi syarat yang high class untuk calon oppa saya..
1.cukup solat 5 waktu...2.boleh jadi imam..
terasa macam demand la plak, sedangkan saya ni tidak cukup solehah...:( 
cukup solat lima waktu, luas skopnya..tidak melewatkan solat, tidak "mencuri" di dalam solat..apakah maksud mencuri dalam solat? maksudnya, solatnya tidak tertib..tergopoh-gapah ketika solat..rukun pun yang betul-betul wajib sahaja..lebih kurang macam tu la..
tidak semua orang yang cukup solat lima waktu mampu jadi imam yang baik..bukan saya yang cakap, tapi saya pernah dengar sekumpulan muslimin bercakap tentang hal ini..

sekian cotengan hati kali ini..^^







stalker ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...