Tuesday 6 November 2012

iMaN vs mUsLim



 Andai cinta hadir untukku,
hadirkanlah seseorang yang hatinya terpaut pada-Mu

 

Sejak mereka kenal, ada sahaja yang tidak kena. Ada sahaja salah faham. Iman dengan angin puting beliungnya. Muslim dengan angin pembakar amarah Si Iman.

“Perempuan ni kalau kecik-kecik dah malas, dah besar nanti, susah nak buat jadi bini!”
“Lelaki kalau kecik-kecik mulut dah macam longkang, dah besar nanti tak boleh jadi laki.”
“Iman… Muslim… sudah. Nanti kamu berdua yang abang kahwinkan.”
“Tak nak!!!”
“Kuat jodoh ni, cakap pun main serentak aje ni. Sesuai la kau orang.”
“Tak nak jugak!!!”

“Im, mengaku je senang. Kau memang sukakan Razin pun kan?”

“Tak! Sekarang, dulu atau akan datang. InsyaAllah tak! Kalau aku suka dia pun, kalau aku mengaku, apa yang aku dapat? Couple? Macam kau dengan Mil? Lepas tu angkut papa dan abang-abang aku dengan dosa? Keluarga aku sekali? Macam tu?”

“Seriously, your words are too bitter. Can’t you think about others feelings?” 
“Aku tahu kau baik. Aku tahu niat kau baik. Tapi, cara kau pun kena baik. Sebab Islam agama yang mulia. Aku tak kata apa yang mereka buat tu elok, tapi mereka orang paling rapat dengan kita. Nak ubah orang bukan mudah.”

 

‘..rasa suka dekat seseorang itu adalah salah satu jihad untuk kita. Selagi kita pendam, selagi itu kita berjiahd, kalau dapat, alhamdulillah, rezeki.. Kalau tak dapat, alhamdulillah juga. Mungkin Allah nak sediakan yang lebih baik untuk kita. Sekurang-kurangnya kita pendam dan kita berjaya dengan jihad kita. ..’

Dalam hati Farhan berdoa, Ya Allah telah Kau temukan aku dengan seorang Muslimah untuk dijadikan sahabat. Jagakanlah hati aku dan hatinya agar kekal sebagai sahabat dan tidak tergelincir daripada menjadi sahabat. Sesungguhnya Engkaulah Maha Mengetahui setiap sesuatu. Peliharalah persahabatan kami di landasan yang Kau redhai Ya Allah...

...berubahlah walaupun perubahan itu mengnambil masa yang panjang...berusahalah walaupun untuk mendapat kegagalan itu selangkah dan untuk mendapat kejayaan itu beribu langkah...

Iman, akad tadi bukanlah sekadar untuk menyedapkan hati umi yang berharap Iman menjadi menantunya.
Akad tadi bukan untuk tunaikan apa yang papa paksakan terhadap Iman. 
Akad tadi bukan untuk merealisasikan harapan anak kecil yang berharap sebelum dia pergi menghadap Ilahi yang kakaknya dijodohkan dengan abang kawan baiknya. 
Akad tadi bukannya untuk menyempurnakan impian, harapan dan tanggapan orang sekeliling. 
Akad tadi merupakan satu janji.Janiji seorang lelaki untuk menjadi seorang pemimpin dan mempunyai seseorang yang membantu pimpinannya. 
Akad tadi bukan sekadar tanggungjawab, ia juga satu lafaz cinta yang semoga diberkati Allah SWT. Bukannya sesuatu yang boleh dibuat main atau dipermainkan. 
Akad ini juga bukti seorang Muslim sanggup bersama seorang Iman walaupun keadaan susah, senang atau apa jua keadaan.   
Siapa pun kita sebelum ini, apa pun yang terjadi kepada kita sebelum ini, apa yang penting apa yang bakal dan sedang kita hadapi. .........



Muslim memang suka cari pasal dengan Iman..kenapa dan mengapa?? Korang baca la sendiri..
tapi yang paling sweet...surat atuk untuk opah..^^
Iman pun tulis surat jugak untuk Muslim..Muslim reply 5 pages..ntah ape yang dia tulis, nak tau?? korang beli novel ni, baca sendiri..

Someone said, citer ni macam aA+bB..
but i’m said SMAI adalah gabungan Tunas, aA+bB, Versus, Contengan Jalanan..

Muslim suka cari gaduh dengan Iman macam Benz dan Addin waktu sekolah...
harapan Ikhwan, adik Iman agar Iman bersatu dengan Muslim seperti harapan Kucai waktu dia kat hospital agar Addin bersatu dengan Benz... 
Iman merasakan Muslim terlalu baik untuknya, sama seperti apa yang Minn rasa terhadap Asyraf...
contengan jalanan..kerana terdapat part Iman beli buku tu. Bukan novel...bak kata Iman.. “Bukan novel. Sebab penulis ini buat orang berfikir. Buat orang belajar. Buat orang mengkaji setiap yang penulis nak bawa. Mereka membawa sisi lain dalam hidup kita. Hidup ini bukan sekadar cinta sahaja. Ada lagi sisi lain dalam hidup kita. Sebab itu hidup ini tidak sempurna..”

both ada keistimewaan masing-masing... and saya lagi suka SMAI...walau apapun hlovate masih the top! =D



2 comments:

  1. dah bc dah novel tu.. Iman sgt2 kuat pertahankan hati dia utk bakal imamnya. melengkapkankan apa yang kurang dalam diri.. hopefully, we'll be like her. Insyaallah. wlpun ia sekadar tulisan, tulisan itu mampu buat kita berfikir, kembali kpd pemilik yg Esa. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep..sebab tu scha tak suka bila digosipkan dengan sesape..insyaAllah akan cuba lebih berhati-hati menjaga diri ini..

      Delete

^^ peace! no pressure ^^

stalker ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...