Friday 16 November 2012

:: hajat N istikharah ::

bismillahirrahmanirrahim..
assalamualaikum...

straight to the point..bukanlah tujuan saya menaip entry ini untuk mengajar bagaimana nak solat hajat dan solat istikharah..kerana sudah banyak blog2 lain yang berkongsi tentang hal itu..saya cuma ingin meluahkan sedikit isi hati dan memberi sedikit pandangan..






kebanyakan orang menunaikan solat hajat bila mana esoknya akan mengahadapi apa-apa ujian atau peperiksaan, temuduga..atau apa jua test..hanya apabila ada ujian tersebut..jika tidak kerana itu maka tidaklah ia ditunaikan...

"hello, ha akak, bila nak exam, abah nak buat solat hajat.."

"ha abang, esok kan abang ada test, buatla solat hajat malam ni.."

"hello akak, adik ni..esok adik ada exam, akak doakan adik ea, buat solat hajat..."

common scene yang berlaku.. kenapa mesti bila ada semua benda tu baru nak solat hajat..kalau tak ada kejadian-kejadian tersebut tak boleh ke?

Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad sahih dari Abu Dardak bahawa Nabi saw bersabda: "Barangsiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian bersembahyang dua rakaat dengan sempurna, maka dia diberi Allah apa saja yang diminta baik cepat ataupun lambat."


kalau kita minta last minute, agak-agak Allah nak bagi segera ke apa yang kita minta? wallahu a'lam..


Hajat yg dipohon hanyalah perkara yang memberi kebaikan atau kesejahteraan di dunia dan akhirat untuk diri dan orang lain & doa untuk mengatasi atau menjauhkan sesuatu kesulitan atau keburukan..janganlah memohon sesuatu yang dilarang oleh Allah seperti memohon untuk melakukan kejahatan atau keburukan terhadap orang lain..


begitu juga dengan solat istikharah, biasa dilakukan bila mana dalam soal memilih calon suami atau isteri..bagi pelajar plak, bila nak dekat exam, buat solat istikharah sebab nak dapat ilham tajuk-tajuk yang akan keluar dalam exam..tidak salah, sangat bagus...tapi kalau buat setiap hari apa salahnya, kan?

scha masih ingat seorang ustaz pernah cakap..bila kita selalu buat solat istikharah, menunjukkan kita mengharapkan bantuan Allah setiap hari dalam kehidupan kita..insyaAllah, Allah akan bantu dalam setiap urusan kita..

"ustaz pernah bawa kereta kat highway..minyak dah tinggal sedikit, namun masih sempat hendak melalui highway tersebut.. sepanjang highway tersebut terdapat 2 stesen minyak..ustaz harus memilih untuk berhenti mengisi di stesen yang mana satu..yang pertama atau kedua..ustaz mengambil keputusan berhenti di stesen yang pertama dan mengisi minyak..apabila melalui stesen minyak yang kedua, ustaz lihat tiada satu kereta pun di situ, rupa-rupanya minyak dah habis..alhamdulillah, Allah memberi ilham kepada ustaz..."

see..itu satu contoh..setiap hari kita perlu membuat pilihan..bangun pagi nak keluar rumah, kita harus memilih pakaian mana yang sesuai, kasut mana yang harus dipakai..flat shoes or high heels?? nampak small matter je kan..macam mana waktu kita pakai high heels, kenderaan yang kita naiki rosak dan kita perlu berjalan jauh untuk mendapatkan bantuan..tak ke sakit kaki oi..!

Rasulullah SAW bersabda:  “Di antara kebahagiaan anak Adam ialah Solat Istikharah (minta pilih) daripada Allah Taala dalam segala urusannya dan di antaranya kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan solat Istikharah daripada Allah pada segala urusannya.”

 
waktu yang paling afdal untuk menunaikan solat sunat hajat mahupun solat istikharah ialah sewaktu suasana sunyi selepas tengah malam (selepas 2/3 malam, iaitu 1/3 malam terakhir) kerana ianya lebih berkesan, lebih khusyuk dan amat hening suasananya...


have a look this video.. (:




 #peringatan buat diri...dan sahabat-sahabat...kalau ada silap dan salah, sila tegur.. ^^



2 comments:

  1. entry yang simple tapi banyak ibrahnya. syukran ya ukhti. :')
    saya rasa terharu setiap kali entry awak tag kan untuk saya. *terharu gilaaaaaa* :') -che' siti nor'ain-

    ReplyDelete

^^ peace! no pressure ^^

stalker ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...