Sunday 11 November 2012

~aku anak kampung~


well everybody...
assalamualaikum...

this time saya nak cerita pasal kampung saya..
KAMPUNG LAUT, TUMPAT, KELANTAN DARUL NAIM...cerita gitu2 je.. (=











korang pernah naik motorboat x?? di kampung saya, motorboat menjadi pengangkutan utama untuk ke pusat bandar..bukanlah kerana kami miskin tidak punya kerata..tapi naik motorboat ni bleh jimat masa dan wang..perjalanan lebih kurang 15-20 minit dari kg. laut ke pusat bandar Kota Bharu..tambang ialah RM1 untuk pergi dan RM1 untuk pulang..jumlah?? kira sendiri..itu untuk dewasa..kanak-kanak 60 sen je..

kenapa saya katakan jimat masa?? sedangkan kalau perjalanan dengan menaiki kereta pun lebih kurang je tempoh perjalanan..HAA! biasanya jambatan sultan yahya yang menghubungkan Tumpat-Kota Bharu sesak..lebih-lebih lagi pada waktu orang keluar pergi kerja, waktu balik kerja dan pada waktu cuti..lebih-lebih lagi cuti raya...ditambah lagi sekarang ini pembinaan jambatan baru dan highway sedang dijalankan..perjalanan yang sepatutnya 20 minit boleh menjadi 2 jam..! dah tu nak kena bayar minyak kereta lagi..sabor je la..

ni laluan untuk ke jeti di Kota Bharu...



ni la rupa jetinya..sejak dari dulu sampai sekarang..inilah rupanya..kawasan sekelilingnya semakin membangun, namun jeti ini masih seperti ini..
jeti ni bersebelahan hotel ridel..


oh lupa nak habaq..motorboat ini mula beroperasi seawal 6.45 pagi..sehingga 10 malam..masa operasi akan dipanjangkan kalau ada apa-apa event kat pusat bandar..seperti perlawanan bola sepak, ekspo and apape je la...

belakang board ni ada enjin..yang kuat bunyinya..haha

itu seat pemandu..tudung pink itu adik saya..sorry sis, jadi model kejap..waktu ni kitorang keluar pergi KB, shopping2..hehe..lebih kurang 17 minit sampai la ke kampung laut......

jeti di kg laut..ada je jeti bersimen yang elok(tempat gambar ini dicaptured..)..tapi jeti yang nak runtuh itu juga yang digunakan..tak tahu la kenapa...

sekian sahaja kisah kampung saya..jemputlah berkunjung.. :)
^^



No comments:

Post a Comment

^^ peace! no pressure ^^

stalker ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...