Tuesday 10 September 2013

lAngit yaNg menDung


aku tertunduk menahan sebak..ternyata mimpi indahku lenyap dalam sekelip mata..mimpiku itu jauh sekali dari kenyataan! dan, realitinya begitu menyakitkan dan menikam-nikam hati dan jiwa ini. aku sujud dan menangis teresak-esak di atas sejadah cintaku. kulepaskan segala pengaduan derita pada Dia yang tidak pernah meninggalkan aku walau sesaat cuma. Dia yang tidak pernah jauh daripadaku.....

"ya Allah, aku hanya hambaMu yang kerdil lagi hina. 
aku tidak berbuat banyak kecuali hanya mengharap padaMu.
jika aku menangis,
 bukan kerana aku tidak redha dengan takdirMu,
bukan kerana aku terluka dengan ujianMu,
bukan juga kerana aku berkecil hati denganMu.

tetapi aku cuma seorang hambaMu yang lemah.
aku tidak punya apa-apa selain tangisan air mata ini,
yang menemani setiap duka dan sakitku.
air mata kerana aku cinta padaMu ya Allah.

air mata ini pengubat dukaku ya Allah.
air mataku ini adalah sahabat yang paling memahami akan diriku.
aku hanyalah seorang wanita yang lelah dalam perjalananku ini. 
aku begitu penat ya Allah,
penat memujuk hatiku. 
penat untuk menangisi segalanya daripadaMu.
ampunkan daku ya Allah
andai aku ini hambaMu yang tidak tahu berbudi,
dan tidak pandai pula bersyukur padaMu.

ya Allah, 
jadikanlah kesusahan dan ujian ini
sebagai cara untuk aku lebih dekat denganMu,
lebih mengharap padamu
dan lebih memerlukanMu daripada segalanya.
janganlah derita dan kesakitan ini membuat aku jauh daripadaMu!'

aku terasa Dia begitu dekat, lebih dekat daripada urat leher dan jantungku...lebih dekat daripada nadiku yang berdenyut..
dengan perlahan-lahan aku bangun daripada sujudku..mukaku dibasahi dengan air mata yang membasahi, bagai empangan yang baru pecah. perlahan-lahan aku menadah tangan, aku berbisik lagi padaNya memohon kekuatan...aku benar-benar lelah..aku benar-benar tidak berdaya...

aku redha ya Allah dengan takdirmu ini. 
aku terima dugaan ini dengan sepenuh jiwa dan ragaku. 
aku tidak pernah bersangka buruk padaMu ya Allah, 
apatah lagi merungut-rungut akan jalan yang Kau bentangkan untukku. 
andai di dunia ini terlalu banyak tangisan untukku, 
andai di dunia ini terlalu banyak derita buatku,
andai di dunia ini tiada bahagia untukku,
Kau gantilah segalanya itu dengan keindahan syurgaMu di sana.

"ya Allah...
 jangan pinggirkan aku daripada rahmatMu..
jangan disingkirkan aku jauh daripada redhaMu.."



kadangkala Tuhan hilangkan sekejap matahari,
lalu Dia datangkan kilat dan guruh.
puas kita mencari dan menanti di mana mentari,
rupa-rupanya Allah ingin hadiah kita pelangi yang indah.

p/s: this is part of the novel. STANZA CINTA by Nurull Halawati.
best! sangat menyentuh jiwa..

^^

No comments:

Post a Comment

^^ peace! no pressure ^^

stalker ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...