Thursday, 21 February 2013

cerita klinik (◕‿◕)



Rabu, 7 feb 2013...saya dan adik saya membawa nenek kami ke klinik..pagi, lebih kurang pukul 10..selepas mengemas rumah...heh! kemas la sangat..
Setibanya di klinik, sementara menunggu nombor giliran di panggil..kami duduk di kerusi yang disediakan..alhamdulillah hari tu tak ramai pesakit..namun, masa yang diambil untuk merawat seorang pesakit agak lama..maka, tetap lama..

Tidak lama kemudian, giliran nenek dipanggil..kami masih menunggu di kerusi yang sama.. seorang pak cik yang duduk berdekatan saya dan adik bertanya kepada saya..
+sekolah kt mn? Maahad? (ntah kenapa maahad jugak yang nak disebut, sebab my dress code ke?? dont know..)
-tak, saya sekolah naim (sbt smka naim lilbanat)
+tinggal kt mn?
-kg.....
+ohh..pak cik ada kawan kat situ. Haji mail. Baru pergi haji baru-baru ni..kawan masa kerja dulu..sama-sama susah cari rezeki..
-itu atuk saya..
+cucu la ni, datang bawa sape?
-nenek..
Then, nenek keluar...pakcik tu plak sambung borak ngan nenek..ntah ape yang dibualkan..last2..keluar perkataan.. “boleh buat menantu...”..
Hah? Menantu? Bunyi macam tuju kat aku je..ah! berat!
tak mau..tak mau..
saya dah terpengaruh dengan novel-novel yang saya baca, drama-drama yang saya tengok..
atuk n pak cik tu kawan baik..tak pasal-pasal saya jadi mangsa..mangsa konon untuk mengeratkan hubungan dua buah keluarga..kononnya pakcik tu nak jodohkan anak dia dengan cucu kawan baik dia...a.k.a saya...
Oh no! Janganla benda tu betul-betul jadi..kecoh hidup!
tau la saya tak ramai kawan lelaki..yang ada dua tiga kerat tu memang saya anggap kawan..not more or less..

Saya bukan ape, saya banyak lagi plan yang belum dijalankan dan belum tercapai.. nak sambung master, habiskan belajar dulu, baru involve benda-benda ‘relationship’ ni..
Nenek ditahan di wad klinik sekejap untuk masukkan air..(sodium chloride o.9%)..hehe saya memang arif benda-benda ni..dia punya wayar tu pun saya dah biasa..sebab saya pun selalu kena warded..to tell the truth, walaupun selalu masuk wad, but i really hate bau hospital, lebih-lebih lagi bau ubat..lebih-lebih lagi time nurse datang bawa troley ubat..ouchhh!! i dont like the smell..satu je yg saya suka, masuk wad dapat duit.heh! duit insurans n duit orang datang melawat..*gila mata duitan! Well! Sape tak suka duit..


Sementara menunggu habis satu botol air sodium chloride tu..saya duduk menunggu sambil membaca novel..asam pedas untuk dia..sambil-sambil tu melilau juga mata ni..tengok kiri kanan..
ting tong! Bingo! Datang seorang HA(hospital assistant)..gila hensem! Muda lagi..Tapi dah ada anak..wallamak! dah kahwin..tak pe, bukan saya nak kat dia, kagum seketika je..tapi..saya usha dia wat kerja..the way he treat patient..hmm...doctor..cool! full of charisma! Awesome! Daebak!
Heh! Saya yang selama ni tak pernah ada dalam list ‘my husband is a doctor’..i want someone yang kerja as something like engineer *macam pening je ayat tu*..cita-cita nak jadi engineer terpaksa dikuburkan, dapat laki kerja macam tu pun jadi la....tiba-tiba..”kalau laki aku doctor pun best ape..the doctor in the house..huhu”.. tapi, sekali kalau doc yang sakit..? ape saya nak buat? Doc dah sakit..



Masa terus berlalu..dah pukul dua..saya tak makan lagi..tipu cket..pagi tadi sebelum datang, minum teh o je segelas..then, lebih kurang pukul 12, beli kuih kat depan klinik..haish! dah pukul 2, saya tak makan nasi lagi, tadi 2 keping je kuih..untuk pesakit gastrik macam saya, tak makan lagi..this is worst! alamatnya, saya yang akan terbaring kat sebelah katil nenek..sodium chloride ntah bape peratus yang akan masuk dalam badan ni..namun, badan masih mampu bertahan..



Tak lama lepas tu, segala rawatan nenek selesai..adik teman nenek, saya pergi ambik ubat..hampeh! tak de orang kat kaunter ubat..hish! dalam hati..nak aje aku makan orang jaga kaunter ni..merayap ntah ke mana..bukan ape..tak jujur dalam menjalankan tugas..masuk kerja lambat, merayap ntah ke mana..bukan sengaja saya katakan..tapi memang dari awal lagi saya perhatikan pegawai kat situ, dok lenggang kangkung aje..ada yang borak-borak, main game, tidur pun ada..yang nampak busy, HA je..
Bukankah gaji, rezeki yang uols dapat tu nak bagi anak-anak makan..hantar anak-anak pergi sekolah..dimana keberkatan rezeki itu..saya harap saya tidak menjadi seperti mereka..alhamdulillah, mak saya tak macam ni..waktu kerja mak habis 3.30 petang..tapi pukul 2 or 3 dah ramai kawan-kawan dia balik..mak tetap bertahan sehingga jam 3.30 petang..kerana dia bimbang gaji yang dia dapat tidak berkat..duit gaji itu nanti akan dibelikan makanan kepada anak-anak..mak cukup menjaga keberkatan duit yang dia dapat..
Balik kepada cerita di klinik..tiba-tiba HA masuk kat bahagian farmasi..nampak saya masih menunggu..dia yang bagi resit ubat pada saya tadi..saya cakap takde orang jaga kaunter..dia tolong call pak cik farmasi tu..dapat ubat semua, balik..sampai umah terus makan nasi, nasib baik adik dah balik umah kejap untuk masak..then, tido..my body need to recover from dehydration..tidur selama 2 jam..apabila sedar..saya dah rasa normal..haha macam la sebelum tu tak normal..i mean feel fresh..coz semalam tak cukup tidur, selesaikan masalah negara...sekian sahaja cerita klinik, cerita masalah negara kita cerita lain kali...adiossa! blah dulu..wassalam..


^^..siapa pun kita, kita semua adalah da'i..



Saturday, 15 December 2012

**pentas bidadari**

bismillahirramanirrahim..
assalamualaikum..


last few days saya telah join satu event..forum la lebih kurang..
ahli panelnya ialah ustazah pilihan fira dan kak catriona ross..sepatutnya kak fatimah syarha pun ada juga, tapi beliau tak dapat hadir..beliau telah text pengarah projek sendiri...
err..pengarah tu membaca baca sms kak fatimah syarha..isi kandungannya lebih kurang memohon maaf sebab tak dapat datang..beliau mendoakan semua hadirin menjadi bidadari syurga..dan berharap hadirin turut mendoakan dirinya mampu menjadi bidadari syurga..*touched


dalam hatiku berkata..insyaAllah, akak akan jadi penghulu bidadari dr farhan hadi..^^

Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : "Setiap lelaki yang masuk Syurga akan diberi 72 bidadari............"
maaf tak bagi full hadis, takut salah..tak sempat nak cari sumber yang sahih...

intro yang lawak dari ustazah fira..bila ditanya tentang bidadari..what is bidadari? ustazah fira jawab..bidadari? saya bayangkan seorang perempuan yang sangat cantik ada sayap kat belakang...:)




nak tau macam rupa bidadari? err...korang tanya ustazah/ustaz korang boleh? saya dah ingat-ingat lupa apa yg ustazah fira cakap...hehe..nak senang google..tapi make sure page yang korang buka tu adalah dari sumber yang boleh dipercayai..takut nanti ada yang terpesong plak..

lepas tu kalau dah tahu macam mana rupa bidadari tu..jangan plak fikir yang bukan-bukan..alamak! rupa aku tak macam bidadari..macam mana ni? nanti macam mana nak jadi bidadari suami aku..aiyak!!...kena buat pembedahan plastik ni..haram!

teman-teman, rakan-rakan..untuk menjadi ahli syurga rupa bukan ukuran..yang penting amalan kita..:) saya pasti anda semua faham..kan?

actually, saya tak ingat semua yang disampaikan pada malam tu..saya kongsi mana yang saya ingat..takut berlaku tokok tambah plak nanti..malam tu terlupa bawa buku nota..so, semuanya save dalam otak je..bila dah save dalam otak, kalau tak di refreshkan balik dalam masa 24 jam, banyak la yang hilang..
kak catriona banyak menceritakan kisah penghijrahan beliau..
kata beliau, kata naqib(ustaz usrah) beliau..nak masuk syurga tak susah..tapi banyak pantang larang..macam mana tu? she make it simple..buat apa yang Allah suruh, tinggal apa yang Allah larang..2 benda je..simple!?? kan? tak eh? :)

apakah perasaan anda bila suami kita dirampas perempuan lain? semua perasaan ada kan? hek! kecuali suka dan yang sewaktu dengannya..ada ke orang suka bila ada yang rampas hak kita? itu di dunia..di syurga nanti..suami kita tu akan didampingi oleh 72 bidadari...tak jeleskah kita? maka kita perlulah persiapkan diri untuk menjadi penghulu bidadari-bidadari itu...macam mana? macam yang kak catriona cerita.. ^^

err...ape lagi eh? tak ada idea dah..mungkin last story yang sweet sangat...ustazah fira cerita yang hubbynya save nama bidadariku dalam contact number..huuu...gamat satu dewan..sweetnya hubby dia..tapi pada pandangan ustazah fira,ia merupakan satu amanah..saya ceritakan kisah ini setakat ini..anda renung-renungkan..fikir-fikirkan..^^

tiba-tiba kak catriona menyampuk..(student mass comm, biasa la, pantang dapat mic, nak bercakap aja..)..itu kak catriona sendiri yang cakap..bukan saya reka..dia cakap dia jeles..hubby dia..sebelum kahwin save name sayang, honey..lepas kahwin ada anak 2..dia tukar mummy..gelak aje la..

last sekali, ainan tasnim pun sampai...dia lewat sebab dia ada exam malam tu..nasib baik sempat sampai..uum-unimap dekat aje..maka dapatlah saya dengar lagu Aku Suka Dia secara live...

maafla kepada yang mengharap cerita ini menarik..ini aje yang mampu..:)


saya tinggalkan anda dengan link video ni..sila la tengok ye..then baca komennya skali kat youtube tu..saya tahu lagu time baca versus..hlovate punya kerja..





^^


Tuesday, 4 December 2012

~ OST Warkah Cinta ~

wArkAh cIntA


                 

sebuah jiwa terbentang seluas sahara
tersimpan sejuta rasa cinta dan kecewa
setiap untai kata yang termaktub sudah
menjadi warkah cinta berbau syurga..

sempadan batinku hampir terbelah
tidak berhimpun dua cinta dalam satu jiwa
antara iman dan nafsu aku berjuang
meraih mahkota cinta dari syurga

biar beribu parut luka menghiris kalbu
hanya keikhlasan cinta menjadi penawar
sekalipun diriku terbuang di mata insan
Engkau maha mengerti letaknya cintaku ini..

izinkan aku meniti di atas hamparan syurgaMu
bila saat aku pergi..biarlah cintaku tetap di situ...




 ...kala cinta dan wahyu bersatu...
^^



Friday, 30 November 2012

:: kawan ::

assalamualaikum...


kali ini saya ingin bercerita tentang kawan..
semua orang ada kawan..tapi..
tak semua kawan baik yang kita ada tu baik..
seringkali kita ucap..
"kaulah kawan baik aku dunia akhirat.."
....ketika pertolongan diberikan.

namun, benarkah dia adalah kawan kita yang baik?
cuba lihat kawan yang kita anggap kawan dunia akhirat itu...
adakah mereka mengajak kita berbuat kebaikan?
berapa banyak perkara tidak berfaedah yang telah kita buat bersama kawan kita itu?
berapa banyak dosa yang telah kita kumpul selama kita bersama dia?
berapa banyak perbualan harian kita mengingatkan kebesaran Allah?

"Teman-teman karib pada hari itu (akhirat) saling bermusuhan satu sama lain kecuali mereka yang bertaqwa." (43:67)



di zaman Rasulullah, terdapat seorang lelaki yang bernama Uqbah bin Muit...dia adalah kawan karib kepada Abu Jahal..Uqbah pernah mengikuti majlis ilmu yang disampaikan oleh Rasulullah dan hampir mahu mengucapkan kalimah syahadah...
namun, dia tangguhkan kesokkan harinya untuk berfikir dengan lebih lanjut..Uqbah telah menceritakan tentang hasrat hatinya kepada Abu Jahal...
lalu Abu Jahal memujuk dan mengatakan.."Sahabatku, agamamu atau sahabatmu?"
akhirnya, Uqbah memilih Abu Jahal....

itulah realiti..ramai yang takut untuk berubah kerana takut disisihkan oleh kawan-kawan..akhirnya mengikut kawan-kawan untuk tidak solat, ikut fesyen semasa..kononnya up to date, yang tak menutup aurat...itu belum cerita tentang couple..yang berleluasa...sana sini...



sebenarnya boleh je berkawan dengan mereka..tapi biarlah kita yang mengajak mereka ke arah kebaikan, bukan kita yang terikut-ikut cara mereka.. :)

dan pabila mereka menjauhkan diri dari kita bila melihat perubahan kita..biarkan mereka..doakan semoga mereka juga mendapat hidayah suatu hari nanti.. :)

perasaan kawan atau perasaan Allah yang mahu kita jaga? pilihlah... :)



terima kasih kawan-kawanku sekalian..yang banyak membantuku di jalan Allah ini..tidak dilupakan geng2, member2, dan senget2 sekalian..



^^

Thursday, 22 November 2012

Insya Allah

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame


Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x
Insya Allah3x
Insya Allah we`ll find the way

 ^^


I'm fall in love with Maher Zain songs when he(somebody) sang the song..
really touched..
deep inside..

 

stalker ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...